SHAH ALAM —Seorang wanita yang hamil tiga bulan menangis teresak-esak selepas dihukum penjara 80 hari oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang majikan berjumlah 60,651, tahun lepas.
Hakim Mat Ghani Abdullah hari ini turut memerintahkan bekas eksekutif akaun, Noraniza Idris, 25, membayar pampasan berjumlah RM40,000 kepada bekas majikan, Syarikat East West Freight Services Sdn Bhd.
Sekiranya gagal membayar pampasan tersebut pada atau sebelum 4 Februari tahun depan, tertuduh perlu menjalani tambahan hukuman penjara selama lapan bulan.
Noraniza didakwa melakukan kesalahan tersebut di premis syarikat di No.27-A, Jalan Berangan, Pelabuhan Klang, dekat sini, antara 29 Julai dan 7 September tahun lepas.— BERNAMA

Entri Lain Yang Menarik
0 comments:
Post a Comment