Total Pageviews

Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

Rozita Che Wan nafi gambar Terlampau ini Miliknya

kredit: murai.com.my

KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2012: Aktres Rozita Che Wan terkejut apabila ditanya mengenai gambar yang disiarkan sebuah portal hiburan hari ini.
Malah, pelakon Kiah Pekasam itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa wanita di dalam foto berkenaan adalah dia.
"Saya tidak pernah bervideo chat. Saya pun tak tahu apakah itu video chat atau webcam.
"Saya sendiri tak tahu sama ada telefon saya boleh berbuat sebegitu atau tidak.
"Jadi, terus-terang, saya tidak pernah berbuat perbuatan terkutuk seperti ini.
"Apatah lagi untuk mengaku bahawa gambar itu adalah gambar saya.
"Saya sendiri tidak pernah melihat gambar yang dimaksudkan itu. Inilah pertama kali saya mendengarnya.
"Lagipun pula, saya bukan muda lagi nak buat perkara sedemikian. Takkanlah saya sanggup nak buat benda seperti ini," katanya ketika dihubungi murai.com.my, sebentar tadi.
Meneruskan penjelasan kepada murai.com.my, Rozita memberitahu gambar itu bukannya menggunakan teknik super impose kerana berkemungkinan besar ia adalah individu yang menyerupai wajahnya.
"Mungkin pelanduk dua serupa. Sekarang ini pun, saya difahamkan ramai wanita dan pondan menyerupai wajah saya.
"Sekali lagi, saya ingin memberitahu itu bukan gambar saya. Apapun, gambar ini disebarkan berkemungkinan besar ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kerjaya saya.
"Apapun, terima kasih kerana memberitahu saya tentang hal ini untuk mengesahkannya. Ingat! Itu bukanlah diri saya ya," jelasnya.
Difahamkan, gambar tersebut telah pun disiarkan disebuah laman blog pada awal tahun 2012.
Malah, wanita yang berada didalam gambar tersebut telah menjadi pujaan ramai kerana wajahnya menyerupai Rozita Che Wan.

Entri Lain Yang Menarik

Thursday, October 11, 2012

Eww kuku kaki Rozita Che Wan kotor dan panjang

dipetik dr murai.com


Rozita Che Wan

Opss... apa sudah jadi dengan Rozita Che Wan? Agaknya dia sudah terlupa untuk memotong kuku kakinya. Walaupun berselindung di sebalik gaun kurungnya yang labuh tapi Detektif Stailista masih boleh nampak. Bagaimanapun tumit tinggi kuning itu agak menarik. Kuning dan kuning dan kuning lagi.

Tuesday, July 31, 2012

Sejarah Silam Erra Fazira Terbongkar di Media



DIA keliru, benarkah lelaki dipanggil Along itu bapanya? Akalnya menolak kerana sedari kecil ibu memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia, namun entah mengapa seakan-akan ada tarikan magnetik antaranya dengan lelaki itu yang juga jiran neneknya yang sering dilihat setiap kali pulang ke kampung.

Hinggalah satu hari, tiba-tibanya ibu datang ke sekolah untuk membawanya pulang ke kampung. Kata ibu, bapa meninggal dunia. Terpinga-pinga si kecil berusia lapan tahun itu.

 
 

Bukankah bapanya sudah lama meninggal dunia? Siapa pula gerangan yang dimaksudkan ibu? Rasa keliru yang meluap-luap direlung hatinya semakin memuncak. Tatkala tiba di perkarangan rumah yang sering menjadi tumpuannya setiap kali pulang ke kampung, ramai menyuruhnya menatap wajah si bapa buat kali terakhir. Dia kaku tidak bergerak, erat memeluk tiang serambi. Mindanya kosong dan kabur. Jenazah itu adalah lelaki yang sering dikatakan bapanya selama ini!

Kisah ini bukan cerita dalam drama atau filem, tetapi itulah sebahagian perjalanan hidup primadona filem alaf baru, Erra Fazira atau nama sebenar, Fazira Wan Chek, 38. Memori sedih itu tidak pernah padam, sebaliknya terkunci kemas di sanubari hingga tiada siapa mampu menebaknya. Bagaimanapun, baru-baru ini Erra menyerahkan ‘kunci’ kepada Astro untuk berkongsi cerita itu dalam komersial raya bertemakan ‘Jalinan Kasih di Aidilfitri’ yang akan ke udara secara eksklusif pada minggu terakhir Ramadan.

Buat kali pertama, pelakon, penyanyi dan bekas Ratu Cantik Malaysia ini mendedahkan siapa bapanya dan apa yang berlaku dalam hubungan mereka. Ia sekali gus menjawab teka-teki ramai yang ingin mengetahui identiti bapanya selama ini. Iklan durasi 60 saat itu menjalani penggambaran di Tanjung Karang, Selangor pada 19 Julai, bermula jam 5 pagi hingga senja membabitkan 40 kru diketuai Pengarah Kreatif Rangkaian Astro, Abib Mirza Hussein, tiga pelakon utama iaitu Erra ketika kecil, Nurul Balqish, ibu, Riza Alwi serta 27 watak tambahan.

Ketika ditemui di lokasi penggambaran iklan itu, Erra yang dilahirkan di Sungai Choh, Rawang pada 9 Februari 1974, menafikan selama ini merahsiakan identiti bapanya, cuma dia merasakan perkara itu tidak perlu dikongsi setiap kali ditanya media. Pun begitu, hati anak tunggal pasangan Wan Chek dan Azizah Zaik ini terbuka untuk bercerita apabila tema yang diperkenalkan Astro bersesuaian dan boleh dijadikan pengajaran bersama.

“Bagi saya, ia bukan perkara terlalu sensitif, sebab itu saya boleh kongsi. 
Lagipun, ia disampaikan dengan menggunakan saluran betul. Saya cuma menceritakan kisah zaman kanak-kanak yang belum pernah dikongsi dengan masyarakat. Semua orang ada sejarah masing-masing dan ia bukan berniat memburuk atau menyalahkan mana-mana pihak, malah sebelum penggambaran, saya ingatkan pihak Astro supaya penyampaiannya nanti biarlah dalam bentuk membina. Apa yang ingin saya sampaikan dalam iklan ini, ikatan tidak akan putus walaupun berpisah mati. Seperti saya katakan tadi, ia bukan salah sesiapa tetapi keadaan yang menjadikannya begitu. Ia mengisahkan seorang kanak-kanak yang dambakan kasih sayang seorang bapa tetapi hasrat itu tidak kesampaian disebabkan keadaan. Bagaimanapun, hubungan anak dan bapa tidak akan putus. Ia ikatan indah anugerah Ilahi. Buatlah apa saja, satu hari pasti si anak tahu siapa bapanya. Diharap secebis kisah ini boleh menyedarkan mereka yang ada kasih sayang depan mata tetapi tidak menghargainya,” katanya sambil menghela nafas panjang.

Belum tentu lokasi beraya

SAMA seperti dua tahun lalu, Erra Fazira akan berkampung di Istana Budaya untuk menjalani latihan pementasan Tun Siti Hasmah, sepanjang Ramadan ini. Selain itu, ibu kepada Engku Aleesya yang kini berusia tiga tahun, rancak menguruskan perniagaan hamper Ramadan dan Syawal serta sibuk di lokasi penggambaran drama Mana Hilangnya Juwita. Mengenai sambutan Aidilfitri, Erra berkata, dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin belum memutuskan di mana mereka akan beraya, namun persiapan mula dilakukan menjelang Ramadan.

“Saya jenis buat persiapan saat akhir. Sejak dulu lagi saya suka melakukan persiapan penghujung Ramadan kerana lebih terasa nikmatnya. Pun begitu, tidaklah semua saat akhir, ada juga yang saya beli awal seperti baju anak. Kalau bercakap soal persiapan, fokus saya lebih kepada Aleesya. Setakat ini saya ada tiga pasang baju raya untuknya dan hujung Ramadan nanti, saya akan beli lagi. Tahun lalu dia ada 10 baju raya. Itulah akibatnya bila ada ibu yang suka membeli-belah. Pantang nampak yang cantik, mesti gatal tangan nak beli. Bila dah ada banyak baju raya, apa lagi asyik tukar sebab kalau boleh nak bagi dia pakai semua baju. Untuk diri sendiri, memadai dua atau tiga baju. Biasanya pada hari raya, saya akan tampil ringkas dan santai. Baju kurung pilihan saya daripada jenis kain kapas kerana ia sesuai dengan cuaca panas terik dan suasana kampung. Baju glamor saya cuma pakai apabila bekerja,” kata Erra.



hmetro.com.my
Entri lain yang menarik

Monday, July 23, 2012

Irma Hasmie - Saya Memang Dah Tahu Status Suami Saya


Pulang sahaja daripada berbulan madu di Australia, Irma Hasmie telah diserbu oleh para wartawan untuk mendapatkan responnya mengenai gambar perkahwinan lampau suaminya yang telah tersebar luas. Bagi Irma, dia memang sudah mengetahui status suaminya seorang duda sejak kali pertama bertemu di Mekah. Jadi itu bukanlah satu masalah kepadanya.
status irma hasmie
Entri Sebelum ini: suami Irma Hasmie seorang duda
Abang Nara suka benar membaca kenyataan Irma Hasmie yang disiarkan menerusi Pancaindera semalam. Bertambah-tambah tahap kerespekan Abang Nara kepada Irma. Kata Irma:-
Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah, saya memang dah tahu.
Saya tak simpan rahsia apa pun pada masyarakat apabila orang cakap saya sengaja simpan rahsia sebab berkahwin dengan lelaki berstatus duda. Itu bukan niat saya.
Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain. Bukan itu sahaja, malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya.
Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendir. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan.
Mak mentua saya (Datin Azizah Osman) menangis kerana risau keadaan saya. Saya cakap saya tak apa-apa sebab dah 10 tahun terlibat dalam industri. Saya anggap gosip ini biasa saja.
Suami rasa bersalah pada saya. Dia risau, sebab dia, saya yang terkena. Dia juga hairan, kenapa orang tidak bangkitkan isu itu masa mula-mula dulu. Tapi, sekarang dia faham. Saya kasihankan dia, sebab lepas ini bila ada gosip membabitkan keluarga, kalau boleh saya taknak sentuh langsung.
Diharap semua berpuas hati dengan penjelasan panjang lebar Irma Hasmie. Perkara yang sudah tue, biarlah berlalu. Yang penting sekarang doakan agar Irma dan Redza berbahagia serta cepat-cepat menimang cahaya mata.
Kredit: Beautifulnara
Entri lain yang mungkin anda suka:


Friday, July 13, 2012

(7 GAMBAR) Fazura Gayakan Busana Hari Raya Daripada Rizman Ruzaini


Abang Nara sebenarnya kagum dengan kreativiti pereka-pereka baju Malaysia. Semuanya ada style masing-masing. Salah seorang yang Abang Nara respek ialah Rizman Ruzaini. Rekaan baju mereka memang awesome ditambah pula apabila Fazura yang menggayakannya. Bertambah-tambah awesome dibuatnya.
rizman ruzaini fazura
Cantik kan? Abang Nara pasti korang akan kelihatan super gorgeous kalau mengenakan busana hari raya daripada Rizman Ruzaini nie. Kalau yang masih single tue, confirm akan ada yang mengorat punya. Hehehe. Lagi 6 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kredit: beautifulnara
rizman ruzaini fazura
rizman ruzaini fazura
rizman ruzaini fazura
rizman ruzaini fazura
rizman ruzaini fazura
rizman ruzaini fazura
Entri lain yang menarik

Monday, July 9, 2012

Kisah Lampau Suami Irma Hasmie Seorang Duda



Sepanjang minggu ini, perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer memang menjadi topik perbualan hangat. Dan, pasti pengantin lelaki menjadi bahan bualan paling kerap. Ramai memuji & mengidamkan kisah cinta mereka berdua yang bertemu ketika menunaikan umrah dan tidak kurang yang cuba mengungkit kisah silam Redza Syah.
Peminat hiburan melalui forum Cari mula mendedahkan yang sebenarnya Redza Syah Azmeer pernah berkahwin awal tahun 2012 yang lalu tetapi tidak kekal lama. Kami menerima e-mail tentang punca perkahwinan Redza Syah Azmeer sebelum ini tidak kekal lama tetapi sangat tidak manis untuk kami ceritakan di’sini untuk hiburan anda.
Cukuplah kami katakan jika berkahwin tanpa restu keluarga terbukti mempunyai kesan yang tidak berapa baik. Bekas isteri Redza, bernama F (link gambar perkahwinan pertama Redza & F) pun sudah mempunyai kehidupan sendiri. Tidak salah sebenarnya untuk Irma Hasmie berkahwin dengan seorang duda & membuang ketepi masa silam suami’nya yang kini mungkin sudah benar benar dan ikhlas berubah. rotikaya.com
Entri lain yang menarik


Saturday, July 7, 2012

Sekitar Majlis Nikah Ella dan Azhar (14 gambar)


Perkarangan rumah Ella

Wajah Ella saat disolek 

Siap ada lori laksa dan cendol di hadapan rumah Ella

Tempat makan beradab dilakukan di luar halaman rumah

Petugas sedang membetulkan elekrtik rumah Ella yg terpadam


Antara tetamu yg hadir

Lebih 30 minit rumah pengantin perempuan bergelap









Kredit: lockerz.com

Entri lain yang menarik

Friday, June 29, 2012

Awi Rafael Buang Tatu Cara Perubatan Islam

Awi Rafael
KUALA LUMPUR: Penyanyi Awi Rafael,26, sedang dalam proses menjalani rawatan membuang tatu yang dilukis pada tubuhnya melalui kaedah perubatan Islam. Awi berkata, proses berkenaan telah dilakukan sejak setahun lalu sebelum gambarnya bertatu tersebar di Internet baru-baru ini.
"Sebelum gambar saya tersebar lagi memang saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam. Bagaimanapun ia adalah proses yang memerlukan kos tinggi selain memakan masa," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaru kumpulan Jinbara di sini, Khamis.
Baru-baru ini Awi membuat pengakuan melalui Facebook miliknya dengan mengesahkan gambar lelaki bertatu seperti yang tersebar di Internet dan diperkatakan umum itu adalah dirinya. Dalam pengakuan berkenaan Awi yang popular dengan lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu benar-benar menyesal dengan perbuatan tersebut yang dilakukan pada zaman remajanya tanpa memikirkan kesan pada hari ini. Dalam pada itu, Awi berkata penyebaran gambar itu memberi hikmah besar kepadanya apabila banyak pihak tampil untuk membantunya membuang tatu berkenaan.
"Ramai ustaz yang menjalankan rawatan tradisional secara Islam menawarkan khidmat mereka selain melalui kaedah moden. Saya sangat terharu. Walaupun sedih pada mulanya kerana gambar itu tersebar tetapi ia mempunyai hikmah besar di sebalik kejadian tersebut," ujarnya. Jelas Awi, para peminatnya juga turut memberikan sokongan dan sentiasa mendoakan perkara-perkara baik untuk dia. "Alhamdulillah, sokongan mereka membuatkan saya ingin terus memperbaiki diri dan mempelajari bahawa jika kita buat sesuatu kesilapan kita harus mengakuinya dan belajar daripadanya," katanya.
Sementara itu, Awi berkata, walaupun namanya tercalar akibat insiden itu, tawaran mengadakan persembahan masih lagi diterimanya dan dia amat bersyukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki. "Siapa sangka apabila kita ditimpa musibah, rupa-rupanya ia turut disulami dengan perkara baik dan rezeki. Saya sangat bersyukur," ujarnya.
Entri lain yang menarik

Thursday, June 14, 2012

Hot Maya Karin sokong Germany Euro 2012

Wednesday, June 13, 2012

Tweet Panas Remy Ishak Tiz layan macam sampah


Kita ada drama Twitter baru. Terima kasih kepada laman media sosial yang mengeratkan drama selebriti & peminat. Heh. Dan kali ini giliran Remy Ishak & Tiz Zaqyah. Menurut tulisan Remy Ishak melalui akaun Twitter, beliau telah masuk ke hospital tengah hari tadi akibat demam panas yang agak teruk. Dan, itu sebenarnya bukan masalah besar. Jika dibandingkan dengan layanan teman wanita sehingga memaksa jejaka gagah ini mengadu kepada peminat di Twitter. Tiz Zaqyah dikatakan melayan beliau seperti sampah hari ini.

“Masuk hospital, demam panas. Call girlfriend tetapi dapat layanan macam sampah. Nasib badan,” Remy Ishak menulis tengah malam tadi sebagai pembuka cerita. Remy Ishak menulis sebenarnya beliau sudah lama bersabar dengan karenah teman wanita beliau itu & harapan beliau untuk mendapat kata kata semangat & perhatian di’balas hampa oleh Tiz Zaqyah dengan alasan penat. Kami berminat untuk mengetahui maksud sebenar tulisan terakhir Remy Ishak yang mengatakan Tiz Zaqyah mengucapkan selamat tinggal kepada beliau selepas mengetahui tentang isu ini. Sudah berakhir hubungan mereka? Hmm.

KREDIT: Rotikaya
Entri lain yang menarik

Tuesday, June 12, 2012

siapakah artis popular bertatu dan sosial ini?


Kalau di ikutkan gaya penulisan e-mail yang kami terima lewat petang semalam, memang si pengirim seakan marah habis dengan penyanyi lelaki yang sedang popular ini. Penyanyi popular ini dikatakan masih mengekalkan kehidupan liar beliau di belakang para peminat yang mempercayai imej baik yang beliau bawa selepas membuat kemunculan pertama.
Kredit: Rotikaya
Walaupun ketika ini beliau mengakui memiliki kekasih hati, pengirim e-mail mendakwa penyanyi ini masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih lama nya. Berderet juga nama yang disenaraikan kepada kami lengkap dengan tempoh mula & tamat percintaan. Si pengirim seakan mempunyai pengetahuan tinggi tentang kehidupan penyanyi ini. Oh berkaitan tatu? Anda boleh lihat sendiri gambar gambar yang dikirim selepas ini. Tatu yang ada dikatakan wujud sejak beliau tinggal di luar negara lagi.