-->

Total Pageviews

Monday, June 11, 2012

(18sx) servis kerja sambil bogel di Afrika Selatan

Natural Cleaning Co. - Sebuah syarikat yang menyediakan servis kerja dalam keadaan bogel baru ditubuhkan oleh Jean-Paul Reid di Afrika Selatan, selepas dia tidak berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai akauntan. Laman web mereka agak menarik dengan gambar-gambar staf yang menawan dan kacak serta perkhidmatan menggoda yang termasuk pembersih bogel, peguam, akauntan, computer geeks dan handy men.




Mereka bahkan membiarkan klien mengatur dan memutuskan apa sahaja perkara yang dapat menghiburkan klien mereka selama satu jam. Satu-satunya perkara yang tidak dibenarkan adalah pelacuran dan ia amat ditekankan oleh Reid. Tujuan Natural Cleaning Co. adalah murni untuk memberikan hiburan, kata Reid lagi! Buat masa sekarang, purata pelanggan syarikat ini dalam sehari ialah seorang dan kebanyakannya merupakan lelaki berkulit putih separuh umur. Servis yang popular di kalangan lelaki ialah pembersihan manakala kebanyakan wanita memilih servis handy men. Buat masa sekarang, kebanyakan pekerja Reid adalah pekerja part time dan dia hanya mengambil 20 peratus daripada bayaran itu dan membiarkan pekerjanya menyimpan duit bayaran yang selebihnya.

Entri lain yang menarik

0 comments:

Post a Comment